top of page

MISI & VISI 

 

 

 

 

Misi - Untuk mengwar-warkan sejarah, adat dan warisan serta untuk mengenali siapakah itu masyarakat Sarawak ke mata dunia. Juga menyelitkan sedikit sejarah masyarakat Pulau Borneo itu sendiri secara berkala di dalam artikel. 

Visi - Untuk memastikan bahawa Sarawak khususnya serta Borneo amnya dapat dikenali oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia khususnya. 



Memahami aspek jatidiri dari segi menyediakan ruang di dalam diri untuk lebih mengenal sejarah serta adat warisan bangsa sendiri akan lebih menguatkan lagi semangat kekitaan dan sayangi negara kita. Untuk itu seiring dengan waktu setiap artikel yang diselitkan di dalam Borneo Oracle adalah diharap untuk mengarah kepada tujuan asalnya. 

 

Dengan lebih 12 genre artikel diharap ianya mampu mengembalikan kecintaan kepada tanahair kerana hanya dengan cara itu sahaja bangsa Sarawak akan lebih kuat.  Memahami dan mencintai sejarah sebenar itu tanpa ada bias politik dan menghambakan diri untuk mengangkat "supremacy" sesuatu bangsa juga adalah sesuatu yang telah Urang Sarawak amalkan berkurun lamanya. 

Tinggalkan dunia politiking buat seketika dan bersama-samalah dengan Borneo Oracle menyelusuri sejarah sebenar kita. 

Jika Hendak Membunuh Pokok

Racunkanlah Akarnya

Jika Hendak Membunuh Bangsa

Racunkanlah Sejarahnya

 

 

#KamekSayangSarawakBah! 

 


 


 

 

 

 

 

 

 
 

bottom of page