top of page

FROM TELOK MELANO WITH LOVE


FROM TELOK MELANO WITH LOVE


Telok Melano merupakan salah satu perkampungan nelayan terpencil yang mengambil jarak perjalanan sejauh 95 kilometer dari bandaraya Kuching ke pekan Sematan, Lundu. Satu-satunya penghubung untuk ke Telok Melano adalah dengan mengambil perkhidmatan bot dari jeti Sematan ke Telok Melano dan jarak perjalanannya adalah kira-kira 45 minit.


Yang menariknya tentang Telok Melano ini adalah ianya adalah hanya bersebelahan dengan satu lagi daerah yang dipunyai oleh Republik Indonesia dan hubungan keakraban serta kekeluargaan masyarakat Telok Melano dengan rakyat di Kecamatan Simpang Hilir, Kabupaten Kayong Utara, Kalimantan Barat telah terjalin berabad lamanya. Rata-rata penduduk-penduduk di kedua-dua perkampungan Sarawak/Malaysia dan Indonesia adalah daripada komuniti Melayu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan apa yang dipanggil masyarakat Melayu Kayong suatu waktu dahulu.


Menurut masyarakat tempatan di Telok Melano melalui cerita lisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Telok Melano mendapat nama dari pohon Melano. Pohon Melano merupakan istilah tempatan manakala secara saintifiknya ianya merujuk kepada tumbuhan palma yang bernama Arenga Pinnata. Pohon palma ini dikatakan banyak tumbuh di kawasan Telok Melano suatu waktu dahulu dan sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat dahulu sekiranya satu kawasan itu tidak mempunyai nama yang sah maka ia akan digelar mengikut pohon-pohon yang banyak tumbuh di kawasan tersebut. Maka disinilah Telok Melano mendapat nama iaitu daripada pohon palma Melano.


Menurut sebuah buku yang dihasilkan oleh Noburo Ishikawa yang berjudul Between Frontiers: Nation and Identity in a Southeast Asian Borderland ada menceritakan bahawa Telok Melano suatu waktu dahulu ketika Telok Melano dahulu pernah menjadi mangsa serangan lanun yang sering menjadikan kapal-kapal saudagar Inggeris dan Belanda yang datang berniaga di Sarawak Kingdom iaitu ketika pemerintahan keluarga Brooke. Ini menyebabkan Rajah Brooke ketika itu telah mempersiapkan armada tenteranya untuk sama-sama bersiap siaga melawan aktiviti lanun di kawasan tersebut.


Malah ketika di zaman konfrantasi Malaysia Indonesia pada tahun 1960an juga, Telok Melano merupakan antara kawasan yang sememangnya ditandakan sebagai kawasan yang paling banyak aktiviti penyeludupan dijalankan sehingga memungkin sehingga kita pihak keselamatan Malaysia tetap bersiaga di Telok Melano bagi membanteras segala aktiviti ini daripada terus terjadi dan ternyata kebijaksanaan pihak keselamatan Malaysia bersatu dengan penduduk tempatan berjaya mengekangnya daripada terus berlaku sehingga ke hari ini.


Walaupun diwarnai dengan pelbagai cerita hitam suatu waktu dahulu, namun sekarang Telok Melano adalah bumi yang aman damai serta wajar untuk diterokai oleh setiap bangsa Sarawak yang cintakan keindahan semulajadi. Dengan pantainya yang putih bersih serta air lautnya yang kebiruan ditambah lagi dengan keindahan dan budaya masyarakat Melayu Kayong, Telok Melano menjanjikan percutian keluarga yang menarik untuk sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Tidak perlu pergi jauh untuk merasa sendiri selam scuba serta aktiviti riadah memanjing kerana di bumi Telok Melano sendiri boleh memberikan kepuasan yang tidak terhingga kepada pengunjungnya.

Dengan adanya budaya 2 bangsa iaitu Bangsa Sarawak dan Bangsa Indonesia di satu tempat yang sama sudah tentu Telok Melano akan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelancong-pelancong tempatan mahupun luar negara untuk menyelami penghidupan masyarakat di Telok Melano ini. Usah risau tentang dimana untuk menginap kerana Telok Melano sudah siaga dengan industri enap desanya yang sememangnya sudah gah sejak dahulu lagi.


Cuma apa yang harus Kerajaan Negeri Sarawak lakukan adalah untuk memperhebatkan lagi kemudahan infrastruktur di bumi Telok Melano agar ianya tidaklah terlalu jauh daripada arus kemodenan seperti tempat-tempat pelancongan yang lain seperti pantai Sematan dan kawasan sekitarnya. Sekiranya ini ditingkatkan lagi sudah tentu Telok Melano akan menjadi antara penyumbang ekonomi tempatan kepada Negeri Sarawak Bumi Kenyalang suatu hari kelak.


Setiap Daerah Mempunyai Nilai Kasih Sejarahnya Dan Setiap Daerah Mempunyai Nilai Kasih Sayangnya!


Lan Berambeh Ke Telok Melano!


‪#‎KamekSayangSarawakBah!

bottom of page