FROM BROOKETON TO DAERAH BRUNEI-MUARA
FROM BROOKETON TO DAERAH BRUNEI-MUARA
Umum mengetahui betapa hubungan pensejarahan 2 negara yang berjiran iaitu Sarawak dan Negara Brunei Darussalam mempunyai ikatan sejarah yang amat kuat dan kita juga mengetahui bagaimana kedatangan Sir James Brooke, seorang pengembara Inggeris telah mula meluaskan empayar Sarawak Kingdom sehingga sedikit demi sedikit wilayah tanah kuripan pembesar Kesultanan Brunei telah menjadi hak milik Sarawak Kingdom secara total suatu waktu dahulu.
Namun begitu bukan semuanya daerah-daerah di dalam sempadan Negara Brunei telah menjadi hakmilik Sarawak Kingdom kerana ada sebilangannya telah “dikembalikan” kepada Negara Brunei Darussalam walaupun hakikatnya ianya telah dimajukan oleh Kerajaan Sarawak Kingdom pada suatu waktu dahulu yakni ketika era pemerintahan Rajah Brooke.
Daerah Brunei-Muara adalah daerah yang paling kecil di dalam tanah jajahan Negara Brunei Darussalam. Daerah ini terdiri dari dua kawasan iaitu Brunei dan Muara. Mengapa daerah ini diberi nama dari dua gabungan nama tempat sedangkan daerah-daerah lain diberi nama mengikut nama sungai. Apakah sebabnya Daerah Brunei-Muara tidak dinamakan Daerah Brunei mengikut nama sungai seperti daerah-daerah yang lain?
Hakikatnya Daerah Brunei-Muara terlalu istimewa seperti apa yang ditulis oleh Rozan Yumos, seorang tokoh sejarahwan Brunei yang mengatakan iaitu,
"The best answer is that from the beginning, Muara has developed independently from the rest of the district".
Pada suatu waktu dahulu, sejarah melombong arang batu di Negara Brunei Darussalam banyak berkisar kepada WC Cowie yang mengusahakannya sebelum diambil alih oleh Rajah Charles Brooke tetapi menurut G. Irwin dalam bukunya, 'Nineteenth Century Borneo:
A Study in Diplomatic Rivalry' published in 1965' menyebutkan Lombong di Muara diusahakan oleh empat buah kompeni yang berlainan di antara tahun 1848 dan tahun 1880. Pada bulan March tahun 1882, WC Cowie telah diberikan konsisi untuk mengusahakan lombong ini.
The Reverend JE Tennison-Wood melaporkan yang lombong ini disewakan oleh Sultan Abdul Momin (memerintah pada Tahun 1852-1885) dengan bayaran tahunan kepada dua orang pengusaha. Dalam buku MSH McArthur 'Report on Brunei pada tahun 1904' beliau melaporkan, "AVM Horton ada menyatakan, WC Cowie mendapat konsisi melombong di Muara Damit pada tahun 1882. Pada tahun 1884 (di bawah pemerintahan Sultan Abdul Momin) dan dikuatkan lagi pada tahun 1887 (di bawah pemerintahan Sultan Hashim Jalilul Aqamaddin TM 1885-1906), WC Cowie telah diberikan hak untuk melombong di semua kawasan Negeri Brunei di timur Daerah Tutong.
Ini bermakna di seluruh Daerah Brunei-Muara boleh diterokai oleh WC Cowie. Sejarah jejak warisan Rajah Brooke ke atas Brooketon bermula apabila pada 6hb September 1888, Sir Charles Brooke telah membeli hak konsisi perlombongan daripada WC Cowis dengan harga $25,000.00. Setelah pembelian tersebut, Daerah Muara diberikan nama diberi nama Brooketon sempena nama Rajah Sarawak (Brooke Town @ Pekan Muara). Dari tahun 1889 sehingga tahun 1924, lombong ini dikendalikan oleh Kerajaan Negara Sarawak.
Dengan eksport tahunan antara 10,000 ke 25,000 tan. Dalam jangka masa 33 tahun beroperasi, lebih 650,000 tan arang batu (Wilford - 1961) telah dieksport. Eksport selepas tahun 1906 berjumlah 315,396 yang bernilai $2,688,400. Pada mulanya arang batu ini diusahakan di lombong terbuka. Bila arang batu di permukaan makin susut, akhirnya lombong bawah tanah diperkenalkan.
Walaupun Rajah Charles Brooke ada hak ekonomi kerana konsesi yang belinya dari WC Cowie, tetapi secara de facto ia adalah penguasa yang memerintah Brooketon. Lombong ini mempunyai ratusan orang pelombong maka langkah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman telah diletakkan di bawah Kerajaan Sarawak Kingdom. Rajah Charles Brooke telah menubuhkan pasukan polisnya sendiri, pejabat pos yang mana semua urusan posnya menggunapakai setem Sarawak dan Sabah. Rajah Charles Brooke juga telah membina sistem jalanraya di Brooketon. Secara tidak langsung dengan semua kemudahan prasarana serta keselamatan di Brooketon ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa Brooketon sudahpun menjadi sebahagian daripada pemerintahan Kerajaan Sarawak Kingdom yang berpusat di ibukotanya iaitu Kuching.
Sebelum tahun 1900, Muara didiami oleh sebilangan kecil nelayan Melayu. Apabila arang batu ditemui di Serai Pimping, pengusaha-pengusaha Eropah mula tertarik berdatangan ke Muara. Dalam laporan Tahunan Brunei pada tahun 1911, penduduk Muara berjumlah 1,447 orang. Terdapat lebih kurang 30 buah kedai dibuka dan menjalankan perniagaan. Brooketon ketika era dibawah Rajah Charles Brooke kelihatan mewah, mempunyai dermaga serta pondok rehat, tembok @ benteng batu penghalang ombak dan landasan lokomotif menghubungkan Pelabuhan dangan lombong arang batu dan ada terdapat longgokan arang batu tersedia untuk dieksport. Menurut GE Wilford lombong ini mengeluarkan sebanyak 650,000 tan arang batu dari tahun 1891-1924.
Pada tahun 1904 perlombongan ini mengalami kemerosotan dan masalah kerana perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan. Laporan Sarawak (1903) mengungkapkan kerugian sebanyak $108,000 iaitu $34,532 lebih besar dari tahun sebelumnya. Sungguhpun mengalami kerugian, Rajah Charles Brooke tetap masih mahu menjalankan perlombongan arang batu ini di Brooketon. Sehingga pada bulan Mac 1924 Brooketon akhirnya telah 'dipulangkan' kembali kepada Negara Brunei Darussalam oleh Charles Vyner Brooke, Rajah Ke-3 Negara Sarawak setalah mengadakan perundingan demi perundingan diadakan sejak tahun 1921 iaitu semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924).
Laporan tahunan Brunei mencatitkan pemulangan bersejarah ini sebagai berikut:
"In March, after protracted negotiations lasting for nearly 3 years, an agreement was concluded whereby the Trade and Farm Rights held by the Rajah of Sarawak were redeemed by the Government of Brunei, in return for an annual payment of $6,418. These rights, together with certain land rights which are retained by the Rajah of Sarawak, were originally granted by the Sultan of Brunei to Mr WC Cowie in perpetuity for a total payment of $5,000. Five months after the new agreement came into operation the Rajah announced his intention to cease working the Brooketon Coal mines as from the 1st January, 1925, and the work of dismantling the machinery, etc, had commenced before the end of the year ..."
Inilah satu jejak warisan Brooketon atau Daerah Brunei-Muara yang sewaktu dahulu adalah merupakan satu daerah yang diperintah secara langsung oleh Kerajaan Sarawak Kingdom dibawah Rajah Charles Brooke. Sekarang ianya telah makmur dan aman dibawah pemerintahnya yang sebenar iaitu Negara Brunei Darussalam.