top of page

PERJUANGAN BENTENG 338


PERJUANGAN BENTENG 338

- Gerakan Anti-Cessionist Sarawak 1947


Suatu ketika dahulu di ketika Rajah Charles Vyner Brooke memberikan Sarawak menjadi tanah jajahan Koloni British, ramai rakyat Sarawak yang bangun menentang sehingga adanya protes di jalanan dengan sepanduk-sepanduk diletakkan di setiap pelusuk jalan dan kampong di Bandar-bandar besar ketika itu, lebih-lebih lagi di Kuching iaitu ibu kota bagi Sarawak. Gerakan Anti Cessionis Sarawak itulah nama gerakan tersebut yang mana bantahan anti-penyerahan ini berlangsung dari 1hb Julay 1946 sehingga Mac 1950.


Menyelusuri gerakan anti-penyerahan Sarawak ini sudah tentu ramai yang arif tentang kemuncaknya iaitu apabila seorang pahlawan Sarawak iaitu Rosli Dhoby dan rakan-rakannya di dalam Rukun 13 telah mengatur satu plot pembunuhan yang akhirnya berjaya mengorbankan seorang Gabenor yang baru dilantik iaitu Sir Duncan Steward di Sibu, Sarawak suatu masa dahulu. Dan pengakhiran kepadanya adalah gerakan anti-cessionist Sarawak terus berkubur bila satu persatu antara mereka diburu dan menerima hukuman.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa jauh sebelum Rosli Dhoby dan rakan-rakan Rukun 13 mengatur plot pembunuhan Sir Duncan Steward itu sebenarnya telah ada satu barisan pejuang-pejuang yang tidak memperdulikan apa sahaja asalkan gerakan bantahan anti-penyerahan ini akan terus berlangsung biarpun memakan masa yang agak lama. Mereka ini merupakan anak Sarawak yang tidak memperdulikan langsung periuk nasi mereka walaupun diugut dengan pelbagai cara oleh Sir Charles Arden-Clarke. Digelar Benteng 338 kerana mengambil bersempena bilangan tentera Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Badar. Ianya diberikan nama oleh seorang tokoh Islam yang terkemuka di Kuching pada waktu itu iaitu Al-Ustaz Sharkawi Sheikh Osman.


Gerakan Anti-Cessionist 1946 ini sebenarnya telah menyebab pentadbiran Koloni British Sarawak pada ketika itu “pusing kepala” kerana ianya menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Sarawak Kingdom sebagai sebuah Negara yang merdeka di dalam setiap sanubari anak Sarawak pada ketika itu. Oleh kerana ramai yang bangun menentang adalah mereka yang mempunyai pendidikan serta bekerja di sector pentadbiran Sarawak maka pihak Gabenor British Sarawak ketika itu iaitu Sir Charles Arden-Clarke telah mengeluarkan pekeliling untuk kesemua penjawat awam di Sarawak yang dinamakan Circular No. 9. Di dalam Circular No. 9 itu secara jelas menunjukkan larangan untuk para penjawat awam melibatkann diri di dalam semua gerakan anti-cessionist di Sarawak dan sekiranya masih diteruskan maka tindakan tatatertib akan dikenakan seperti dipecat dari jawatan mereka.


Namun sesuatu yang diluar akal pemikiran Sir Charles Arden-Clarke serta Dawson pada ketika itu adalah rupa-rupanya Circular No. 9 itu tidak langsung boleh mematahkan semangat nasionalisme kesemua ahli Benteng 338 ini kerana sebaliknya mereka telah meletak jawatan secara beramai-ramai menentang Circular No. 9 yang dikeluarkan ke atas mereka. Hasil daripada perletakan jawatan ini telah menyebabkan banyak sekolah kerajaan di seluruh Sarawak telah ditutup kerana tiada pengajar.


Inilah antara kesan kepada perletakan jawatan Benteng 338 ini kerana ramai antara pejuang Benteng 338 ini adalah dari warga pendidik. Sebaliknya kerana tidak mahu anak bangsa Sarawak tercicir daripada pendidikan, Sekolah Rakyat telah didirikan dengan serba kekurangan serta menggunakan dana sendiri dan tenaga pengajarnya adalah anak Sarawak sendiri seperti Rosli Dhoby dan ramai lagi. Dari Sekolah Rakyat inilah juga antara cabang di dalam menyemarakkan api nasionalisme di dalam sanubari anak Sarawak pada ketika itu.


Sebagai salah satu dakyah daripada Kerajaan Koloni British pada ketika itu kerana ingin menyekat perjuangan daripada Benteng 338, mereka telah bertindak menyiarkan siapakah yang menganggotai Benteng 338 yang menentang Circular No. 9 mereka. Pada tanggal 3hb April 1947, dimuka hadapan Sarawak Tribune telah terpapar jumlah yang menentang Circular 9 itu dan mereka adalah seperti berikut:

JABATAN PELAJARAN 1. Cikgu Haji Johari Bojeng Kampung Bintangor, Kuching 2. Cikgu Kadri bin Wai Jalan Ellis, Kuching 3. Cikgu Arfan Haji Salleh Kampung No.4, Kuching 4. Cikgu Lily Eberweine Kampung Satok, Kuching : 5. Cikgu Ajibah Abol Kampung Masjid, Kuching 6. Cikgu Wan Habib Kassim bin Tuanku Haji Ali 7. Cikgu Tuanku Madhi bin Tuanku Othman Jalan Haji Mataim, Kuching 8. Cikgu Haji Othman bin Zainuddin Jalan Laruh, Kuching 9. Cikgu Alis bin Musa Kenyalang, Kuching 10. Cikgu Wan Sharbini bin Tuanku Shukran Kampung Lintang, Kuching 11. Cikgu Haji Hussein Haji Paris Jalan Astana, Kuching 12. Cikgu Haji Perhi bin Bujang Jalan Muhibbah, Kuching 13. Cikgu Haji Dolhan Haji Paris Jalan Pisang Barat, Kuching 14. Cikgu Haji Yusuf bin Johari Miri, Sarawak. 15. Cikgu Haji Edwin Haji Bakri Kampung Muda Hashim, Kuching 16. Cikgu Ibrahim bin Ali Kampung Tupong Ulu, Kuching 17. Cikgu Abang Saufi Abang Haji Gapur Kampung Masjid, Kuching 18. Cikgu Abang Anuar Abang Juaini Jalan Abong Taib, Kuching 19. Cikgu Abet Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching 20. Cikgu Narawi bin Man Kampung Tanjong, Kuching, 21. Alustuz Haji Sharkawi bin Othman Jeddah, Saudi Arabia 22. Cikgu Haji Zain bin Hashim Kampung Patingan, Kuching 23. Cikgu Ahmad bin Topen, Guru Pelatih Kampung No.4, Kuching 24. Cikgu Zain bin Satem Kampung Masjid, Kuching 25. Cikgu Mustapha bin Ismail Kampung No.2, Kuching 26. Cikgu Julaihi bin Musa Kampung Bintangar, Kuching 27. Cikgu Othman bin Bojeng Kampung Gita, Kuching 28. Cikgu Khatib bin Drahman Kampung Istana, Kuching 29. Cikgu Derap bin Isa Kampung Parit Lama, Kuching 30. Cikgu Bisuni bin Sabang Kampung Parit Lama, Kuching 31. Cikgu Haji Aliman bin Samad Kampung Parit Lama, Kuching 32. Cikgu Umar bin Bujang Kampung Parit Lama, Kuching 33. Cikgu Haji Hashim bin Ismail Kampung Metang,Kuching 34. Cikgu Juita bt. Lambong Kampung Metang, Kuching 35. Cikgu Sulong bin Bujang JalanLaruh, Kuching 36. Cikgu Nawawi bin Bujang 37. Cikgu Hipni bin Bakri Kampung Tupong Batu, Kuching 38. Cikgu Nasar bin Alias KampungTupong Batu, Kuching 39. Cikgu Raliah bt. Mohamad Kampung Satok, Kuching 40. Cikgu Masni bt. Bakar Jalan Kulas, Kuching 41. Cikgu Jita bt. Mohamad Kenyalang Park, Kuching 42. Cikgu Poly bin Bakar Kampung Muara Tuang, Kuching 43. Cikgu Haji Jahidin bin Hassan Kampung Gita, Kuching 55. Cikgu Hamdan bin Jais Kampung Tupong, Kuching 56. Cikgu Shukri bin Mahidi Kampung Panglima Seman Lama,Kuching 57. Cikgu Suut bin Ali Kampung No.2, Kuching 58. Cikgu Ali bin Ben Kampung Gita, Kuching 59. Cikgu Abdul Kudus bin Kawi Kampung Lintang, Kuching 60. Cikgu Adnan bin Kawi Kampung Samarahan, Kuching 61. Cikgu Sharifah Hasidah bt Tuanku Mansor Kampung Tanjung, Kuching 62. Cikgu Bojeng bin Bujang Kampung Tanjung, Kuching 63. Cikgu Abang bin Kachon Kampung Lintang, Kuching 64. Cikgu Haji AbdulRahman bin Ismail Kampung Sungei Bedil, Kuching 65. Cikgu Fadzil bin Ahmad 66. Cikgu Adis bin Sapong 67. Cikgu Haji Daud bin Zain Kampung Tupong Batu, Kuching 68. Cikgu Abang Zawawi Abang Haji Latif Kampung Masjid, Kuching 69. Cikgu Salleh bin Bojeng 70. Cikgu Ulis bin Hashim Sarikei 71. Cikgu Yahya bin Taib Kampung Boyan, Kuching 72. Cikgu Salem bin Jomel 73. Cikgu Hj. Hashim bin Hassan Kampung No.4, Kuching 74. Cikgu Haji Taha bin Lembong Kampung Parit Lama, Kuching 75. Cikgu Hasbie bin Haji Busrah Kampung Masjjd, Kuching 76. Cikgu Haji Abdul Rahim bin Mada'an Kampung Bintangor, Kuching 77. Cikgu Salhah bt. Sheikh Abdullah Kampung Gita, Kuching 78. Cikgu Bujang bin Hassan Kampung Tembirat, Kuching 79. Cikgu Hol bin Jamaluddin 82. Cikgu Hasnah bt. Haji Abdul Rahman Kampung Muda Hashim, Kuching 83. Cikgu Ellis bin Abang Kampung Gita, Kuching 84. Cikgu Sheikh Abu Bakar bin Sheikh Talib Kampung Gita, Kuching 85. Cikgu Ibrahim bin Sham Limbang 86. Cikgu Nusi bin Haji Ahmad Kampung Surabaya Ulu, Kuching 87. Cikgu Taha bin Adam Kampung Sinian, Kuching 88. Cikgu Ramli bin Hussen Kampung Lintang, Kuching 89. Cikgu Abang Khalik bin Haji Abg. Madhan Kampung Bintangor, Kuching 90. Cikgu Basri bin Abon Seria, Brunei 91. Cikgu Abang Ain bin Abang Juaini Kampung Masjid, Kuching 92. Cikgu Tambi bin Dillah Kampung Satok, Kuching 93. Cikgu Morshidi bin Jumat Kampung Gita, Kuching 94. Cikgu Julaihi bin Ana Kampung Pendam, Simunjam 95. Cikgu Mohiddin bin Ibrahim Kampung Ulu Simanggang 96. Cikgu Yusuf bin Mahmud Kampung Dagang Bintulu 97. Cikgu Abang Boeng Bin Abang Zailani Kampung Patinggi Ali, Kuching 98. Cikgu Madeli bin Bujang Bintulu 108. Cikgu Adenan bin Adan Kampung Muda Hashim, Kuching 109. Cikgu Bujang bin Abdul Rahman 110. Cikgu Amin bin Ledek Miri 111. Cikgu AbangAhmad KampungTengah, Saratok 112. Cikgu Basri bin Abang Abdul Latif Kampung Tengah, Saratok 113. Cikgu Wash bin Taha KampungSekaan, Matu. 114. Cikgu Husain bin Haji Drahman Sarikei 115. Cikgu Abu Bakar bin Bujang Sarikei 116. Cikgu Yusuf bin Hossen Sibu 117. Cikgu Abdul Rahman Tebekang 118. Cikgu Agan Raja, Kelabit Bario 119. Cikgu B ahib B aram 120. Cikgu Bujang Belaga 121. Cikgu Hamzah bin Johari Mukah 122. Cikgu Zain bin Diman Buntal 123. Cikgu Sahari bin Yakup Bako 124. Cikgu Iri bin Seruji KampungSileng, Lundu 125. Cikgu Haji Bakar Marudi 126. Cikgu Zam Zam Belaga 127. Cikgu Suhaili bin Bujang Paloh 128. Cikgu Abang Rabaie bin Abang Abd. Gapor 129. Cikgu Abang Abdul Rahman Sarikei 130. Cikgu Hipni Baram 131. Cikgu Haji Gobil bin Ismawi Kampung Parit Lama,Kuching 132. Cikgu Morshidi bin Nambi Kota Kinabalu 133. Cikgu Wan Bujang bin Wan Umar Jalan Sembulang, Sibu 134. Cikgu Wash bin Abdul Rahman Matang, Kuching 135. Cikgu Mahli bin Gapor 136. Cikgu Haji Sabian bin Bujang Kampung Tanjung, Kuching 137. Cikgu Marulalam bin Abang Bakir Betong 138. Cikgu Abang Othman bin Abang Teh Sibu 139. Cikgu Haji Mohamad bin Bujang Kampung Hilir, Simanggang 140. Cikgu Rashidi bin Haji Hassan Kampung No.2, Kuching 141. Cikgu Awang Hamdan bin Awang Omar 142. Cikgu Yusuf bin Sadon KampungLintang,Kuching 143. Cikgu Abang Haji Malem bin Datuk Zain Simanggang Bandar Sri Aman, JABATAN POS DAN TELEGRAF 144. Tani bin Sanjek Kampung No.6, Kuching 145. Haji Sapong bin Taril Kampung Jalan Patinggan, Kuching 146. Fadil bin Haji Kassim Kampung Muda Hashim, Kuching 147. Let bin Ali Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching 148. Haji Kontol bin Sulaiman Kampung Sourabaya , Kuching 149. Salleh bin Bujang 150. Haji Othman bin Junit Kampung Bintangor, Kuching 151. Johari bin Said 152. Abang bin Persih Kampung Bintangor,Kuching 153. Haji Bol bin Haji Zain Kampung No.5, Kuching 154. Haji Junid bin Abdul Rahman Kampung Astana Lot,Kuching 155. Mat bin Haji Yusuf Kampung Tanjung, Kuching 156. Haji Awi bin Sawek Kampung No.2, Kuching 157. Keria bin Said Kampung Sinjan, Kuching 158. Gebil bin Bakar Kampung Siol Kandis, Kuching 159. Mat bin Hassan 160. Mohamad bin Dol Kampung Sinjan, Kuching 161. Sejili bin Haji Ibrahim Kampung Masjjd, Kuching 162. Ali bin Haji Hashim Kampung Satok, Kuching 163. Yok binTapa Kampung Gita, Kuching 164. Abdul Rahman bin Rais 165. Ghani bin Umar 166. Othman bin Abang Dollah Kampung Lintang, Kuching 167. Halel bin Abon Seria 168. Haji Pi'ee bin Bohari Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching 169. Omar bin Sulaiman JalanMuhibbah, Kuching 170. Sirat bin Haji Jaraee lalan Haji Taha, Kuching 171. Bolok bin Mohamad Kampung No.3, Kuching 172. Ismurni bin Tassan Kampung No.2, Kuching 173. Haji Chem bin Ali Kampung No.3, Kuching 174. Awang Zimi bin Awang Sulaiman 175. Ali bin Bujang 176. Simpoh bin Wan Osman Kampung Haji Taha, Kuching 177. Taha bin Brahim Kampung Satok, Kuching 178. Rodi bin Sahari Kampung Sungei Periok, Kuching 179. Wahid bin Medeli Kpg. Tabuan,Kuching 180. Mat bin Sadam Kampung Gita, Kuching 181. Halel bin Hassan 182. Bohari bin Medeli Kampung Muhibbah, Kuching 183. Mat Taha bin Abang Kampung Muhibbah, Kuching 184. Haji Sedek bin Matsah Kampung Sungei, Periok,Kuching 185. Matahir bin Mataha Kampung Kulas, Kuching 186. Sebol bin Mat 187. Bujang ak Suboh Kampung Tabuan Rentis,Kuching JABATAN LAUT 188. Abdul Karim bin Haji Mustapha 189. Arif bin Sa'at Kampung Muhibbah. Kuching 190. Haji Salleh bin T.K. Sudin Jalan Haji Bolhassan, Kuching 191. Kassim bin Salleh Kampung Pulo,Kuching 192. Awang Tong bin Awang Ali Kampung Lintang, Kuching 193. Lamat bin Tarip 194. Adam bin Haji Jenal 195. Zainal bin Sadon Kampung Lintang, Kuching 196. Mohd. Brahim bin Awang Taip Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching 197. Haji Hipni bin Haji Rais Kampung Muda Hashim,Kuching 198. Awang Hashim bin Awang Johari Kampung Panglima Seman.Kuching 199. Suib bin Seman 200. Deris bin Bohari Jalan Muhibbah, Kuching 201. Mansor bin Karim Kampung Bintangor, Kuching 202. Pathi bin Taha Kampung No.4, Kuching 203. Jelet bin Pendek Kampung No.5, Kuching Meni-oggal 204. Sulong bin Sulaiman Kampung Sourabaya, Kuching 205. Haji Daud bin Gani Miri 206. Ahai bin Abdullah Kampung Semera, Simunjan 207. Samat bin lsa Kampung No.2, Kuching 208. Bojeng Brunei 209. Kili bin Abeng 210. Abu bin Taha 211. ldris bin Ali Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching 212. Kirah bin Abdul Razak Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching 213. Abang bin Sapong Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching 214. Haji Sahari bin Drahman Kampung Parit Lama, Kuching 215. Bujang bin Umar 216. Reduan bin Safuddin Kampung Tanjong, Kuching 217. Haji Sabang bin Race 218. Manan bin Seman 219. Hashim bin Zainal 220. Haji Abi bin Lazan 221. Drahman bin Medan 222. Udin Limbang 223. Abon bin Johari 224. Abu Bakar bin Ali Kampung No.l, Kuching 225. Ali bin Rais 226. Arsad bin Tajuddin Kampung Sourabaya Hilir,Kuching JABATAN KASTAM 227. Haji Mohd. Salleh Embai Jalan Laruh, Kuching 228. Weng Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching 229. Zain bin Jol Kampung Bintangor, Kuching 230. Hipni bin Abdul Rahman Kampung Batu 9,Matang Kuching 231. Haji Sahari bin Hashim Jalan Laruh,Kuching 232. Haji Yak bin Othman Kampung Satok, Kuching 233. Usop bin Akim Limbang 234. Nor bin Arai . 235. Haji Mahidi bin Ana Kampung Bintangor,Kuching 236. Nawawi bin Haji Zain Kampung Bintangor,Kuching 237. Amit bin Sapong Kampung Bintangor, Kuching 238. Zen bin Haji Ahmad Kampung Kudei, Kuching 239. Mustapha bin Keli Kampung Lintang,Kuching 240. Matrip bin Bakar Kampung Lumba Kuda, Kuching 241. Haji Tomy bin Rasid Kampung No.2, Kuching 242. Haji Kiplawi bin Salleh Kampung Sourabaya , Kuching 243. Haji Badwi bin Ahmad Kampung Bintangor. Kuching 244. Ismail bin Mohamed Kampung Boyan,Kuching 245. Haji Sabli bin Drahman Kampung No.2, Kuching 246. Haji Othman bin Haji Drahman Kampung Tanjong, Kuching 247. Salleh bin Uden Kampung Bintangor. Kuching 248. Haji Hasbie Sulaiman Kampung No.4. Kuching 249. Ahmad bin Ali Bombay Kampung Panglima Seman. Kuching 250. Abang Ibrahim bin Abang Jalani Kampung No.3. Kuching 251. Mohtar bin Udin Kampung Boyan. Kuching 252. Haji Led bin Yusup Kampung Muda Hashim,Kuching 253. Awang Kassim Sarikei 254. Daud Kampung Gita. Kuching 255. Hashim Bol JABATAN TANAH DAN UKUR 256. Datuk Tem: Abang HajiSafuani Abang JuainiJalan Haji Taha, Kuching 257. Haji Julai bin Yahya Kampung Tanjong, Kuching 258 Manis bin Jol Kampung Masjjd. Kuching 259. Bujang bin Majid Kampung No.5. Kuching 260. Awang Ejih bin Awang Umar Kampung Sourabaya, 261. Salleh bin Nor Kampung No.4, Kuching 262. Said bin Haji Ahmad 263. Ejas bin Jais Kampung Bintangor, Kuching 264. Ramzi bin Rashidi Jalan Laruh, Kuching 265. Zaini bin Bakar Jalan Kulas, Kuching 266. Wan Anuar bin Syed Hashim Kampung Gersik, Kuching 267. Mohamad (Mambo) Sarfan Kampung Satok, Kuching 268. Juis bin Lumbak Kampung Masjid, Kuching 269. Haji Bujang bin Abdul Rahman Kampung No.4, Kuching 270. Hj. Zainuddin bin Haji Azhari Kampung Istana, Kuching 271. Hj. Jalal bin Hassan Jalan Muda Hashim, Kuching 272. Haji Gani bin Haji Wahid Jalan Haji Taha, Kuching 273. Pawek bin Sudin Kampung No.3, Kuching 274. Abang Ahad bin Abang Ahmad Sibu JABATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN 275. Tan Sri Datuk Haji Su'aut Tahir Jalan Tun Abdul Rahman Ya'kub, Petra Jaya, Kuching 276. Naim bin Haji Sulaiman Kampung Ulu Serian 277. Haji Suhaili bin Hassim Kampung Haji Metaim, Kuching 278. Ojek bin Pet Kampung No. 1,Kuching 279. Nawawi bin Forkan Jalan Muda Hashim, Kuching 280. Nor bin Lambong Jalan Muda Hashim 281. Hossen bin Lampong Sabah 282. Haji Razali bin Sarpan Kampung Gita, Kuching 283. Taha bin Uden Jalan Haji Metaim, Kuching 284. Razali bin Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching 285. Su'ut bin Buang Kampung PatinggiAli, Kuching 286. Reduan bin Jol Kampung No.2, Kuching 287. Ali bin Latif Kampung Tanjong, Kuching 288. Haji Gol bin Sapah Kampung No.3, Kuching 289. Haji Dawi bin Abdul Rahman Kampung No.6, Kuching 290. Haji Ariffin bin Abd. Rahman Kampung No.6, Kuching 291. Haji ismail bin Hassan Jalan Haji Bolhassan, Kuching JABATAN PERCETAKAN 292. Haji Sawi bin Ibrahim Kampung No.6, Kuching 293. Mahli bin T.K. Othman Kampung No.5, Kuching, 294. Abang Abdul Wahab binAbang Haji Azhari Jalan Muhibbah, Kuching 295. Haji Busrah bin Othman Kampung Masjid, Kuching 296. Jamel bin Haji Busrah Kampung Masjid, Kuching 297. Haji Hussin bin Jais Jalan Laruh Barat, Kuching 298. Rosli bin Sulong Singapura 299. Sabang bin Ibrahim Kampung Masjid, Kuching 300. Basri bin Rais 301. Abang Mustapha bin T.K.A. Haji Spawi Kampung Gita, Kuching 302. Abdul Latif bin Drahman Kampung No.3, Kuching Meningg 303. Haji Nawawi bin Othman Jalan Haji Mataim, Kuching 304. Haji Sirat bin Jali Kampung Bintangor, Kuching Meningg~ 305. Dahlan bin Sulong Kampung Satok, Kuching Meningg; 306. Haji Dahlan bin Yahya Kampung Muda Hashim, Kuching 307. Haji Len bin Yahya Kampung Bintangor, Kuching Meningg~ 308. Haji Dollah bin Jair Kampung Muda Hashim, Kuching Menin; 309. Satem Kampung Tanjung, Kuching JABATAN BOMBA 309. Haji Fadzil bin Bujang 310. Buang bin Mat 311. Sebli bin Lamat Kampung No.6, Kuching 312. Abang bin Indek 313. Bakat 314. Was bin Bakar Kampung Tanjong, Kuching 315. Tambek bin Bakar Kampung Tanjong, Kuching 316. Abot bin Abdul Razak Kampung Landeh, Kuching 317. Tambik Kampung Pula, Kuching 318. Job Kampung Kudei, Kuching 319. Elli bin Seni Parit Lama Barat, Kuching 320. Kawi Kampung Sungei Maong, Kuching .321 Suhaili bin Gani 322. Suhai bin Taba Kampung Patinggan, Kuching 323. Osman Kampung Sungei Maong, Kuching 324. Mahidi bin Daud 325. Abdul Razak (Dol) bin Mohamad Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching 326. AM bin Basn Kampung Sinjan, Kuching 327. Razali bin Salleh Kampung Sinjan, Kuching 328. Selet Kampung No.6, Kuching 329. Hamdan bin Endi JABATAN PERBENDAHARAAN 330. Abang bin Jol Kampung Haji Bolhassan, Kuching 331. Aiknee bin Taip Kampung Hajj Metaim, Kuching 332. Roben bin Rasid Kampung Hajj Bolhassan, Kuching 333. Abdul Rahman bin Sarpan Kampung Gita, Kuching 334. Sabari bin Abdul Rahman Kampung Boyan, Kuching 335. Abdul Rahim bin Sahari Jalan Muhibbah, Kuching 336. Hipni bin Sa'at Kampung No.4, Kuching 337. Abang Nusi bin Datuk Haji Suhaili Kampung Bintangor, Kuching JABATAN POLIS SARAWAK 338. Haji Ahmad Zaidel bin Haji Tahir . Kampung Masjid, Kuching 339. Abang Haji Kassim bin Abang Taha Kampung Masjid, Kuching 340. Hj. Haron bin Haris Kampung Satok, Kuching 341. Hamdan bin Eden Kampung Boyan, Kuching 342. Petani bin Manan Kampung No.5, Kuching 343. Ibrahim bin Ali Kampung Tabuan, Kuching 344. Haili bin Samat 345. Abang Ali Basah bin Abang Iden Kampung No.6, Kuching 346. Morshidi bin Olo Kampung No.l, Kuching 347. Abang Haji Zain bin Abang Haji Latif Jalan Tanjong, Kuching 348. Edi bin Arif Kampung Patinggan, Kuching 349. Ellen bin Zen Kampung Hajj Kassan, Kuching 350. Jaraee bin Johari Lutong, Miri 351. Wan Abdul Rahman bin Tuanku Haji Hamid Betong 352. Haji Sa'ar bin Yahya Kampung Dagang, Miri JABATAN KERIA RAYA 353. Hassan bin Udin Jalan Laruh, Kuching 354. Haji Omar bin Amit 355. Said bin Singak KampungNo. 6, Kuching 356. Haji Gedong bin Haji Salleh Kampung No.4, Kuching 357. Haji Man bin Satem 358. Sulaiman bin Ali Jalan Haji Mataim, Kuching 359. Haji Mustapha bin Junit Jalan Muda Hashim, Kuching 360. Shafiee bin Amin Kampung Panglima Seman, Kuching 361. Luntong bin Taha 362. Haji Nor bin Deris Kampung No.l,Masjid Kuching 363. Melian bin Saifuddin Kampung No.2, Kuching 364. Bujang bin Dollah JABATAN MUZIUM 365. Sedek bin Yusuf Kampung , Boyan, Kuching 366. Kem bin Haji Jeman Kampung Muhibbah, Kuching 367. Embun bin Zain Kampung Lumba Kuda, Kuching 368. Sulaiman bin Salleh 369. Abon bin Ghani 370. Yaman bin Sa'at 371. Ismail bin Said 372. Dobet bin Buang 373. Dahlan bin Meterang Kampung Pulo, Kuching JABATAN PERHUTANAN 374. Madhi bin Sa'at Kampung No.4, Kuching 375. Haji Sulaiman bin Latif Kampung Lintang, Kuching 376. Tayu (Fadzli) bin Mohamad Kampung Gita, Kuching 377. Tahir bin Taha 378. Seli bin Haji Abeng Kampung Satok, Kuching 379. Abu Bakar bin Mat 380. Abang bin Haji Bojeng 381. Alfred Jamuh JABATAN RESIDEN DAN PEGAWAI DAERAH 382. Abang Haji Abdul Latif bin Haji Zaini Kampung Haj i Kassan, Kuching 383. Jamel bin Haji Su'ut Kampung Sinjan, Kuching 384. Fadzil bin MajIi Kampung Santubong, Kuching 385. Busrah Sarikei 386. Zawawi bin Awang JABATAN PERTANIAN 387. Saji bin Haft Dris Kampung Tanjong, Kuching 388. Zain bin Hussen Kampung Lintang, Kuching 389. Haji Safian bin Haji Azhari Kampung Astana, Kuching 390. Haji Johara bin Said 391. Haft Tepol bin Debot Miri JABATAN PERBANDARAN 392. Haji Dollah bin Haji Bakawi Kampung No.3, Kuching 393. Ainnie bin Hassan Kampung Tanjong, Kuching 394. Abang bin Serah Jalan Dagok Barat, Kuching 395. Sulong bin Sahari Kampung Masftd, Kuching JABATAN URUSETIA KERAIAAN 396. Mat bin Sijin 397. Haji Abdul Rahman bin Wahid Kampung Sinjan, Kuching 398. Zain bin Mat (Zainal Abidin) 399. Penghulu Hj. Ibrahim bin Hassan Sendu Kampung Astana, Kuching JABATAN ISTANA 400. Bujang bin Piee Kampung Boyan, Kuching 401. Abang Yan bin Abang Haji Jol Kampung Patinggan, Kuching. 402. Jamel bin Boyong Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching 403 Nahrawi bin Abang JABATAN HAL EHWAL BUMIPUTERA 404. Tan Sri Datuk Amar bin Abang Ikhwan Kampung Patinggan, Kuching 405. Tuanku Haji Ahmad bin Syed Mustapha Kampung Haji Mateim, Kuching JABATAN UNDANG-UNDANG 406. Said bin Sijin Kampung Gita, Kuching POLIS DEPOT 407. Kipli Kampang Panglima Seman, Kuching JABATAN URUSETIA HAL EHWAL CINA 408. Sirat bin Hap Bakawi Kampung Jalan Hap Mataim, Kuching LEMBAGA PERATURAN GETAH 409. Robert Jitam Kuching

Walaupun nama-nama mereka telah diumumkan namun ianya tidak berjaya juga menyahkan semangat nasionalisme anak-anak Sarawak ini daripada menyerah kepada Koloni British. Selepas tanggal 2hb April 1947, demonstrasi dan rapat-rapat umum daripada Gerakan Anti Cessionist Sarawak terus berkemundang lebih-lebih lagi di Darul Kurnia yang menjadi markas gerakan ini. Darul Kurnia adalah rumah kediaman Datu Patinggi Abang Abdillah bin Datu Bandar Abang Haji Mohammad Kassim yang merupakan antara pelopor dan pemimpin Gerakan Anti –Cessionist di Sarawak lagi. Bersama-sama dengan beliaulah, pejuang Benteng 338 ini mengatur strategi bagi membantah secara besar-besaran.


Pejuangan Benteng 338 ini sememangnya sesuatu yang syumul sehingga mereka sanggup hidup di dalam kesusahan tanpa mata pencarian yang tetap hanya kerana untuk memastikan Sarawak tidak diserahkan kepada Koloni British Borneo. Mereka mahu Sarawak dikembalikan kemerdekaannya kerana Rajah CV Brooke telah memungkiri janjinya sebagai Rajah of Sarawak yang seharusnya memberikan Sarawak Merdeka dan kuasanya adalah pada rakyat Sarawak sendiri seperti yang termaktub di Perlembagaan Sarawak 1841.


Sesungguhnya pengorbanan pejuang 338 ini sememangnya sukar untuk kita cari sekarang kerana inilah perjuangan yang suci murni untuk bangsa dan negara yang tercinta. Al-fatihah untuk mereka yang sudah tiada. Amin.


bottom of page