top of page

GUNUNG GADING NATIONAL PARK, KUCHING, SARAWAK


GUNUNG GADING NATIONAL PARK, KUCHING, SARAWAK

Taman Negara Gunung Gading adalah salah satu daripada warisan alam yang mempunyai daya tarikan tersendiri di Sarawak. Ianya terletak kira-kira 2 jam perjalanan melalui jalan darat dari ibu negeri Sarawak iaitu bandaraya Kuching. Ianya terletak di Daerah Lundu iaitu sebuah pekan kecil di bahagian barat daya Sarawak Bumi Kenyalang. Pada awal penubuhannya, Taman Negara Gunung Gading diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 dan ianya adalah sebuah kawasan perlindungan tertutup kerana disinilah satu-satunya terdapat spesis bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia membiak. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi memastikan bahawa habitat bunga ini terpelihara.


Dan akhirnya pada tahun 1994, Taman Negara Gunung Gading telah dibuka untuk orang awam bagi memastikan bahawa orang awam juga sama-sama menikmati keindahan dan betapa uniknya bunga ini berkembang di Taman Negara tersebut. Inilah sejarah awal Taman Negara Gunung Gading yang bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna unik malah juga mempunyai keindahan tersendiri seperti air terjun yang menarik serta bagi sesiapa yang meminati sukan “jungle tracking” mungkin boleh mencuba untuk mendaki Gunung Gading yang mempunyai ketinggian kira-kira 906m dari aras laut.

Terdapat kira-kira 17 spesis bunga Rafflesia yang diketahui wujud di dunia ini malah hampir separuh daripadanya sedang diancam kepupusan. Di Sarawak hanya terdapat 3 spesis bunga Rafflesia yang tumbuh mekar di kawasan hutan di Sarawak iaitu jenis ‘Rafflesia Pricei’, “Rafflesia Arnoldi’ dan ‘Rafflesia Tuan Mudae’.


Keunikan untuk Taman Negara Gading hanya spesis bunga “Rafflesia Tuan Mudae” yang hidup tumbuh mekar di kawasan taman negara ini. Dek kerana bunga Rafflesia ini antara yang paling jarang ditemui maka ramailah pelancong mahupun warga tempatan peminat bunga-bunga unik untuk datang ke Taman Negara Gunung Gading bagi merasai sendiri pengalaman melihat bunga tersebut berkembang di habitat semulajadi.

Lan Berambeh Ke Sarawak!


bottom of page