top of page

LAGU KEBANGSAAN SARAWAK BUMI KENYALANG


LAGU KEBANGSAAN SARAWAK BUMI KENYALANG (1946 HINGGA KINI)


Setiap sebuah negara yang merdeka sudah tentu mempunyai lagu-lagu kebangsaannya sendiri yang merupakan lambang kedaulatan sebuah negara yang merdeka. Ianya tidak terkecuali dengan Sarawak Bumi Kenyalang yang mengikut sejarahnya mempunyai 3 buah lagu kebangsaan yang direkacipta bagi menunjukkan betapa satu bangsa iaitu bangsa Sarawak adalah satu bangsa yang sebenarnya mempunyai semangat patriotisma yang kental. Lihat sahaja betapa Sarawak sehingga sekarang masih lagi utuh mengamalkan toleransi agama dan kaum walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan sub-etnik.


Semasa pemerintahan Rajah Ketiga iaitu Rajah Charles Vyner Brooke, Sarawak Kingdom mempunyai lagu kebangsaannya sendiri yang bertajuk Fair Land Sarawak. Rajah Charles Vyner Brooke sememangnya mempunyai kecintaan kepada sastera dan muzik telah mengusulkan sebuah lagu kebangsaan ketika itu.


Lirik lagu Fair Land Sarawak ini telah adalah hasil nukilan pena F.C Ogden seorang bangsa Eropah yang juga kenalan kepada Rajah C.V Brooke sendiri. Melodi lagunya pula diambil daripada sebuah lagu yang bertajuk Gone Forth Beyond The Sea. Semasa Sarawak menjadi jajahan British Borneo, lagu kebangsaan ini juga masih lagi didendangkan pada upacara rasmi Kerajaan Sarawak disamping lagu God Save The Queen.


Setelah pembentukan Gagasan Malaysia dengan Sarawak sebagai salah satu negara yang membentuknya pada tahun 1963, kabinet pertama Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri pertama telah mengambil inisiatif untuk mencantikkan lagu kebangsaan Fair Land Sarawak ini.


Untuk itu seorang composer terkenal pada masa itu telah diarahkan untuk membuat susunan semula melodinya iaitu George R.K Freeth. Lagu Fair Land Sarawak ini kekal digunakan sehinggalah ianya diganti dengan lagu baru pada tahun 1973. Lagu Fair Land Sarawak ini juga bukan hanya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medianya malah ianya juga mempunyai versi Bahasa Ibannya sendiri yang liriknya diolah oleh Abang Ujai.


Lagu Kebangsaan Negara Sarawak “Fair Land Sarawak” 1946-1973

FAIR LAND SARAWAK (Versi English)


We will never cease to honour thee And with our loyal sons Defend your liberty From your high forest hills Down to the open sea May Freedom ever reign Men live in unity Proudly our flag flies high Above our country strong and free Long may our people live In peace and harmony



FAIR LAND SARAWAK (Versi Iban)


Pemanah Sarawak kami selalu meri puji Nyaga pengelantang menua anak kami Ari bukit, kampung ngagai tasik nyadi Pemaik meruan, kami begempung ati Tinggi menira bediri diatas menua kami Gayu mensia diau likun enggau rami



Pada tahun 1973, Lagu kebangsaan Sarawak iaitu Fair Land Sarawak telah diganti dengan lagu baru iaitu yang bertajuk Sarawak Bahagia.



Lagu Kebangsaan Sarawak “Sarawak Bahagia” 1973-1988


SARAWAK BAHAGIA


Sarawak negeriku berdaulat merdeka Rakyatnya hidup teguh bersatu padu Semua berazam terus berkhidmat pada negara Sentiasa maju pertiwi Bahagialah tanahairku Sarawak negeri yang kucinta kupuja Untukmu ku rela korban jiwa raga Abadikan Sarawak ya Tuhan dalam Malaysia



Bersempena dengan ulangtahun 25 tahun Merdekanya Sarawak daripada jajahan koloni British, Kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif dengan menukar lagu kebangsaan Sarawak “Sarawak Bahagia” kepada sebuah lagu baru yang liriknya dinukilan pena oleh komposer anak Sarawak sendiri iaitu Allahyarham Dato’ Haji Wan Othman dan Ismail Hassan. Manakala melodinya digubah sendiri oleh Allahyarham Dato’ Haji Wan Othman.


Pada masa itu juga, Sarawak Bumi Kenyalang telah menukar bendera kebangsaannya dan kedua-dua lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan ini kekal digunapakai sehinggalah sekarang. Lagu kebangsaan Sarawak yang baru ini diberi judul “Ibu Pertiwiku”.


Lagu Kebangsaan Sarawak “Ibu Pertiwiku” 1988 – sehingga sekarang


IBU PERTIWIKU


Sarawak Tanahairku Negeriku Tanahairku Sarawak Engkaulah tanah pusakaku Tanah tumpah darahku Ibu pertiwiku Rakyat hidup mesra dan bahagia Damai muhibbah sentiasa Bersatu, Berusaha, Berbakti Untuk Sarawak kucintai Sarawak dalam Malaysia Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa Kekallah Sarawak Bertuah Teras perjuangan rakyat Berjaya berdaulat



Ketahuilah sejarah lagu kebangsaan kita dan hargailah ia serta hormatilah ia kerana setiap bait-bait liriknya mempunyai nilai patriotism kita sebagai anak Sarawak, Bangsa Sarawak.




bottom of page