TUANKU TUN DATUK HAJI BUJANG BIN TUANKU HAJI OTHMAN
TUANKU TUN DATUK HAJI BUJANG BIN TUANKU HAJI OTHMAN
- TYT Gabenor Sarawak Yang Ke-2 (1966-1977)
.
Tuanku Tun Datuk Haji Bujang bin Tuanku Haji Othman dilahirkan di Sibu, Sarawak pada tahun 1898. Memulakan pendidikan beliau di Sekolah Melayu dan pada memulakan alam pekerjaan dengan menyertai pasukan Polis berpangkat Sub-Inspektor Percubaan semasa Sarawak masih lagi dibawah jajahan Koloni British pada tahun 1927.
Setelah cemerlang di dalam pasukan beruniform ini, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1934. Setelah seketika menggunguli pasukan beruniform akhirnya, Tuanku Tun telah menyertai penjawat awam di Perkhidmatan Awam Sarawak dan kekal di dalam perkhidmatan selama 26 tahun.
Tuanku Tun bukanlah calang-calang individu kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan awam Sarawak. Beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret Kelas Keempat pada tahun 1934 sebelum ditukar sebagai Leftenan Muda di Renjer Sarawak pada tahun 1941. Kemudian sekali lagi beliau telah ditugaskan sebagai Pegawai Pentadbir Bahagian di dalam perkhidmatan awam Sarawak sehinggalah beliau bersara pada tahun 1960.
Kerana kebijaksanaan dan kecemerlangan beliau di dalam perkhidmatan awam sekali lagi ketika Gagasan Malaysia dibentuk oleh 4 negara, Tuanku Tun telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara.
Setelah kembalinya ke rahmatullah TYT Sarawak yang pertama iaitu Allahyarham Tun Abang Haji Openg, Kerajaan Sarawak telah sebulat suara memilih beliau sebagai TYT Sarawak yang kedua. Perlantikan beliau telah diadakan pada 2hb April 1969. Jawatan TYT ini beliau sandang sehinggalah tempoh perkhidmatan beliau tamat iaitu pada 2hb Jun 1977.
Setelah bersara daripada jawatan TYT, Tuanku Tun lebih banyak menumpukan perhatian beliau kepada kerja-kerja amal di Sarawak sehinggalah beliau menghembuskan nafas beliau terakhir pada 28hb November 1986 di rumah beliau di Sri Embawang, Petrajaya, Kuching, Sarawak.
Sepanjang usianya menabur bakti di Sarawak, Tuanku Tun telah menerima beberapa pingat dan anugerah sebagai penghargaan atas jasa beliau antaranya gelaran Datu pada tahun 1954, dianugerahkan Official of The British Empire (OBE) 1962 dan kemudiannya Member of The British Empire (MBE) 1967. Pada tahun 1970, sumbangan Tuanku Tun telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Persekutuan Malaysia apabila mendapat pingat Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) daripada Yang Dipertuan Agong Malaysia pada waktu itu.
Sumbangan allahyarham menabur bakti di bumi Sarawak tiada galang gantinya bagi kita rakyat Sarawak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tuanku Tun Datuk Haji Bujang di kalangan mereka yang beriman. Amin.