TAPAK ARKEOLOGI PURBA TERTUA DI ASIA TENGGARA - Sg. Batu
SELAMATKAN TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU
- Tapak Arkeologi Purba Tertua Di Asia Tenggara
Mungkin ramai antara kita bangsa Sarawak mahupun keseluruhan warga penduduk Pulau Borneo tidak begitu sedar bahawa di dalam 2 hingga 3 hari ini terdapat satu isu yang tengah viral di media social sekarang iaitu mengenai satu tapak arkeologi bersejarah Sungai Batu di Kedah Darul Aman. Ianya menjadi sesuatu yang mencuri perhatian setiap bangsa di Malaysia malah sedang menjadi perhatian seluruh rakyat di Asia Tenggara sekarang.
Ini kerana tapak bersejarah ini sedang diancam "kepupusan" kerana dikatakan ianya bakal dihilangkan bagi membenarkan pembangunan dijalankan di kawasan tersebut. Sekiranya ini terjadi sudah tentu ianya merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua sebagai satu rakyat Malaysia mahupun penghuni Asia Tenggara kerana disinilah dipercayai terdapat 1001 khazanah purba yang sekiranya terus digodek dan dikaji mempunyai kaitan secara langsung dengan setiap bangsa di wilayah ini.
Atas kesedaran inilah maka Borneo Oracle dengan ini akan turut serta di dalam apa yang dipanggil sebagai Kempen Selamatkan Tapak Arkeologi Sungai Batu yang dianjurkan oleh satu page yang juga merupakan rakan strategik kepada Borneo Oracle di dalam mewar-warkan sejarah sebenar Sarawak Bumi Kenyalang. Page yang dimaksudkan adalah page;
The Patriots
https://www.facebook.com/thepatriots2020?ref=bookmarks
Bagi memberi penjelasan sebenar mengapa dan kenapa Kempen Selamatkan Tapak Arkeologi Sungai Batu ini begitu berharga dan istimewa sehingga wajar untuk kita mengetahuinya adalah seperti berikut;
APA ISTIMEWANYA SUNGAI BATU?
1. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu. 600 Sebelum Masihi, sezaman dengan Rom dan Yunani. 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S
2. Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi beb! Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu.
3. Besi terbaik dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehinggakan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah adalah datang daripada tamadun ini.
4. Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan sepanjang 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum dikatakan lagi dengan tapak sungai batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Tak keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah 'Mohenjo-Daro dan Harappa Melayu'.
5. Tapak Sungai Batu ini adalah SEZAMAN dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II.
6. Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.
7. Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.
8. Tapak Sungai Batu adalah 1773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.
9. Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada banggunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.
10. Tapak Sungai Batu adalah 2000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.
11. Tapak Sungai Batu adalah 1000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
12. Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah.
13. Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.
14. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.
15. Tapak Sungai Batu adalah 1350 TAHUN LEBIH TUA daripada BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.
16. Tapak Sungai Batu adalah 1700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.
17. Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.
Lihatlah betapa istimewanya tapak arkeologi ini untuk terus kita pertahankan sebagai satu daripada bukti tamadun manusia di Asia Tenggara dan kami di Borneo Oracle memohon pembaca semua yang sudah tentu mencintai sejarah untuk bersama-sama memviralkan usaha ini tidak kira anda dari Sarawak, Sabah, Negara Brunei Darussalam mahupun Kalimantan yang merupakan penduduk Pulau Borneo. Sokongan anda semua diperlukan untuk menjadikan usaha ini menjadi kenyataan dengan menyokongnya melalui petisyen berikut;
Link: goo.gl/ZrIeGk
Selain itu kami juga memohon untuk anda semua akan terus menviralkan apa jua kaitan sejarah mengenai Tapak Arkeologi Sungai Batu di media social samada di wall anda, group-group mahupun page-page agar ianya akan terus membuka mata mereka yang diluar sana bahawa solidariti pencinta sejarah untuk mempertahankan tapak ini adalah yang paling jitu dan kuat.
Buangkan jauh-jauh apa jua pandangan politik anda, bangsa anda dan juga daripada mana Negara anda berasal kerana apa yang penting sekarang adalah untuk mengelak tapak purba ini 'DIBUMIHANGUSKAN' DAN MENJADI MANGSA KAPITALIS YANG BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA PEMBANGUNAN.
#SelamatkanTapakSungaiBatu