top of page

KUIH JALA


KUIH JALA

Kuih Jala itulah sejenis kuih tradisional yang sinonim dengan etnik Iban di Sarawak. Malah kuih jala ini yang juga dikenali dengan nama “penganan semut” merupakan kuih “wajib ada” apabila ada sebarang perayaan yang berhubungkait dengan etnik Iban Sarawak seperti Hari Gawai.

Selain dari kuih tradisional ini merupakan identity bagi etnik Iban di Sarawak, tidak kurang juga popularnya kuih jala ini di kalangan etnik pribumi di Sabah. Walaupun begitu, jangan sesekali terkeliru bahawa kuih jala ini serupa dengan roti jala yang popular di bumi Semenanjung Malaysia kerana cara pembuatannya amat berlainan sama sekali. |

Jika dilihat dari segi pembuatan kuih jala ini boleh dikatakan ianya masih lagi dijaga keaslian pembuatannya. Ini kerana banyak kuih-kuih tradisional seperti kuih bahulu telah melalui transformasi yang lebih bersifat industrial sehingga kadang-kadang ada sesetengahnya sudah kehilangan “umph” jia dibandingkan dengan cara pembuatan kuih tradisional mengikut cara datuk nenek kita dahulu.

Untuk Kuih Jala pula ianya masih lagi dikekalkan seperti penggunaan pembuatnya yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Tempurng kelapa yang sudah dibersihkan akan ditebuk lobang ditengah-tengahnya. Kemudian barulah proses pembuatan pemegang yang menggunakan sebatang kayu kecil yang juga diperbuat daripada buluh kebiasaannya. Panjang pemegang itu pula diantara 28cm – 33 cm terpulang kepada kesesuaian si pembuat kuih jala itu nanti.

Kedengarannya begitu mudah sekali tetapi sebaliknya pembuatan kuih jala ini merupakan satu proses pembuatan kuih jala yang perlukan banyak kesabaran serta ketelitian. Ini kerana bukan mudah untuk memastikan kesempurnaan pada kuih tradisional ini. Teknik untuk mengetuk acuan agar boleh mencipta bentuk fizikal kuih yang bersilang-silang seakan-akan sarang semut atau jala ini juga menuntut satu kerja yang mengkhusus.

Jika sudah pakar untuk membentuk fizikal kuih jala memerlukan kepakaran apatah lagi untuk proses menggoreng pula. Ini kerana tahap kepanasan minyak juga perlu dijaga agar setiap kuih jala yang digoreng adalah benar-benar masak serta ranggup tetapi tidak hangus. Jadi sudah tentu kerja-kerja pembuatan seperti ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang benar-benar ahlil dan bukan hanya untuk suka-suka sahaja.



bottom of page