top of page

BUAH MUJAU


BUAH MUJAU

Dengan nama saintifiknya iaitu Nephelium Maingayi Heirn merupakan salah satu daripada tumbuhan nadir yang terdapat di Pulau Borneo dan Sumatera. Ianya merupakan antara tumbuh-tumbuhan popular yang biasanya dicari oleh pencari hasil hutan untuk dijual di pasar-pasar tamu di seluruh Sarawak.

Mempunyai pelbagai nama mengikut etnik dan tempat. Jika di Bahagian Serian, orang Serian biasanya menggelarnya buah Keri. Orang iban menggelarnya Buah Mujau, orang Melayu Sarawak memanggilnya Buah Redan dan di kalangan orang Melanau pula memanggilnya buah Seriat. Ada juga tidak kurang yang memanggilnya hanya dengan buah putit.

Untuk di Sumatera pula, kebanyakan daripada masyarakat desa mereka memanggil buah ini sebagai buah unjing atau buah pejaih. Manakala untuk mereka yang tinggal di Kalimantan pula lebih gemar untuk memanggilnya sebagai buah redan.

Walau apa jua nama yang diletakkan bagi merujuk kepada buah mujau ini sebenarnya adalah versi buah rambutan versi tanpa bulu seperti yang biasa kita lihat. Saiznya pula tidaklah sebesar buah rambutan biasa sebaliknya ianya agak kecil iaitu hanya sebesar duit syiling 10 sen sahaja.

Dari segi rasanya pula bukan condong mengarah kepada rasa buah rambutan sebaliknya lebih kepada buah laici. Menurut bahasa botani pula sebenar buah mujau ini adalah buah bermusim yang mana ianya dikatakan akan hanya berbuah setiap 3 tahun sekali.

Dan sesuatu yang harus kita ambilkira apabila berbicara mengenai buah mujau ini adalah sebenarnya keseluruhan apa yang ada pada buah mujau ini begitu berguna kepada manusia. Ini kerana selain buahnya yang boleh dimakan malah pokoknya pula boleh ditebang untuk dijadikan kayu api. Dikatakan arang daripada pokok buah mujau boleh memberikan pembakaran yang terbaik.

Inilah sekelumit informasi mengenai satu lagi buah-buah nadir yang terdapat di Pulau Borneo yang juga amat terkenal di kalangan masyarakat Sarawak itu sendiri. Semoga ianya berguna untuk semua.

Comments


bottom of page