top of page

TRADISI MINUM TEH DI DALAM ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA


TRADISI MINUM TEH DI DALAM ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA


Sarawak terkenal dengan identiti rakyatnya yang berbilang kaum dan agama. Dan menambahlagi keunikan apabila perkahwinan campur antara rakyat Sarawak yang pelbagai ini menjadikan ianya sebagai satu simbol penyatuan antara kaum di Sarawak. Walau bagaimanapun, biar dari mana pasangan pengantin berasal segala tradisi perkahwinan tetap diamalkan asalkan ianya tidak bercanggah dengan agama yang dianuti sekarang.

Menyoroti adat resam perkahwinan di dalam masyarakat Cina adalah antara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Untuk lebih spesifik adalah Tradisi Minum Teh bagi pasangan pengantin di dalam masyarakat Cina. Artikel inilah yang akan menjadi wacana ilmu untuk semua pada kali ini.

Di tengah arus kemodenan dengan ramai pasangan-pasangan lebih memilih untuk merayakan hari penyatuan hati dua insan sejoli di dalam busana-busana barat dan perkahwinan ala “English” samada di dalam bot mewah, taman bunga mahupun mewah di hotel-hotel bertaraf 5 bintang. Mungkin kita tidak sedari bahawa ada satu tradisi yang sehingga ke hari ini tetap dilestarikan.


Yang dimaksudkan adalah Tradisi Minum Teh yang menjadi kebanggaan masyarakat Cina berkurun lamanya. Dikhabarkan tiada yang berbeza-beza untuk tradisi ini dan ianya dilestarikan di seluruh dunia di mana adanya masyarakat Cina berada. Dan tradisi ini wajib diadakan untuk mana-mana pasangan pengantin baru di dalam masyarakat Cina itu sendiri.

Tradisi Minum Teh ini dimulai apabila kedua pasangan pengantin telah disatukan dan kebiasaannya di adakan di rumah keluarga pengantin lelaki dahulu. Dikala ini pasangan pengantin akan berlutut di hadapan kedua orang tua mereka terlebih dahulu dengan secangkir teh dipersembahkan. Kemudian barulah pasangan pengantin akan membuat hal yang sama kepada mana-mana kaum keluarga yang lebih berusia menurut urutan.


Dan pada setiap persembahan tradisi minum teh dengan keluarga ini sudah tentu akan diucapkan kata-kata atau doa yang baik-baik agar perkahwinan pengantin ini akan diberkati dan bahagia seperti semua keluarga kehendaki. Usai dengan keluarga yang tua-tua inilah barulah pasangan pengantin minum teh bersama pasangan masing-masing.

Sebelum pasangan pengantin menyerahkan secangkir teh untuk pasangan mereka adalah perlu untuk keduanya-duanya mengangkat tinggi-tinggi cangkir serta terus mengucapkan kata-kata yang baik untuk kedua pasangan akan melayari perkahwinan dengan penuh aman dan sebagainya.


Inilah tradisi minum teh yang sudah pasti mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tradisi yang penuh dengan simbolik kerana di dalam tradisi inilah pasangan pengantin akan diperkenalkan dengan kaum keluarga yang lebih tua serta mampu untuk memupuk sikap saling hormat menghormati serta mendahulukan orang tua daripada diri sendiri.


Comentários


bottom of page