top of page

HARI NASIONAL NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


HARI NASIONAL NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

23 FEBRUARI 1984 - 23 FEBRUARI 2016

Hari ini 23hb Februari 2016 merupakan hari yang bersejarah untuk sebuah Negara tetangga kita yang juga mempunyai aras sejarah dan budaya yang hampir sama dengan kita. Hari ini merupakan 32 tahun Hari Nasional Negara Brunei Darussalam.

Mengikut sejarahnya, Negara Brunei merupakan tanah jajahan kepada British dan mula mendapat kemerdekaan pada tanggal 1 Januari 1984. Namun begitu, rakyat Brunei tidak merayakan 1 Januari untuk hari kemerdekaan mereka kerana dipercayai sehingga tarikh tersebut pihak British masih lagi mempunyai kawalan ke atas pentadbiran Brunei.

Hari Kemerdekaan atau Hari Nasional Brunei Darussalam disambut pada kali pertama iaitu pada tarikh 23 Februari 1984 dan sehingga sekarang ianya tetap diabadikan sebagai tarikh keramat untuk setiap anak bangsa Brunei.

Tahniah dan Salam Hari Nasional kepada Baginda Sultan Brunei dan rakyat Negara Brunei Darussalam.

bottom of page