BILA KAU BALIK MALAYSIA?
BILA KAU BALIK MALAYSIA?
"Dipetik Dari Laman FB Bila Cikgu Emmet Menulis" Sumber: https://m.facebook.com/story.php…
Entahlah...samada sengaja atau tidak soalan sedemikian selalu ditanya oleh segelintir rakan bila saya balik ke Kuala Lumpur atau di kampung saya di Perak. Saya pun tak tahu nak jawab macamana. Saya rasa ada rakan rakan saya dari semenanjung tanah melayu yang berkhidmat di sarawak dan sabah mengalami soalan sedemikian bila balik kampung. Kadang kala saya sengaja menjawab dengan kadar berseloroh.
Bila ko balik Malaysia?
Maka saya jawab.
Semalam saya balik Malaysia..malas lah duduk Alaska...sejuk bebeno..20 tahun duduk Alaska..kulit idak juge putih.
Mendengar jawapan saya maka lekas lekas mereka membetulkan soalan.
Ehh..maksud aku bila ko balik Semenanjung?
Emmm cakap lah semenanjung. Tak da Sarawak tak wujud Malaysia tau.
Mereka ketawa terkekeh2 sambil mengajak saya mengeteh. Ok ke duduk Sarawak? Ko ni tak nak balik ke mengajor disini? Apa kelebihan Sarawak tu..? Aku rasa balak hutan buaya banyaklah.
Bertubi tubi soalan mula.menerjah cuping. Sambil.menghirup teh tarik kedai kassim di simpang. Saya hanya mampu membalas.
Esok...Duduk Sarawak best. Tak bising macam kat sini. Sesak. Kalau ikut stail akulah..aku ni jenis tak suka traffic jam. Sebab tu aku malas masuk.Kuching kalau peak hour. Kata saya lagi sambil mengibas asap vape orang di meja sebelah.
Aiii...Kuching pun jem ke? Ternyata jawapan saya mengejutkan rakan saya.
Eh..Kuching tu kan bandaraya. Kalau banding Teluk Intan ni umpama bau kentut je.. beso Kuching ni lebih beso dari Ipoh. Saya memberi perbandingan.
Uihhhh...beso le kalo roper tu. Sahut rakanku menjuihkan mulut.
Aku pernah ke Bintulu. Aku tengok..bandor dia punyalah cantik..bangunan kedey die..macam kapey persiaran. Aku tak peronah jumpa design macam tu kat Perak ni.
Saya mula bercerita. Tekun wajah kawan kawan saya mendengarnya. Kassim! teh tarik segeleh lagi!, saya meminta teh tambahan setelah teh yang tadi sudah kontang saya hirup.
Uihhh maju le Sarawak ye? Kata kawan saya. Iye..maju..dibandar bandar utama. Sama macam di semenanjung. Malah di Sarawak ni bandarnya bersih. Bintulu Miri dan Kuching antara bandar yang bersih. Aku suka Bintulu dan Miri. Walaupun jauh dari Sri Aman tapi berbaloi pergi kesana.
Cantik..pantai pun elok. Orang Sarawak ni peramah dan baik. Lagi satu orang sarawak ni tak suka nak.gaduh gaduh. Saya memberi penerangan. Sambil.sekali sekala menghirup teh gelas kedua.
Abih tu dengor kabor ada yang nak bawa Sarawak ni keluo Malaysia. Betui ke? Tanya kawan saya yang duduk di belah kiri saya. Mana kamu tau? Tanya saya semula. Ala..ada le baca dalam pesbuk..amende namanya sarawakian sarawakian... cengitule bunyinye. Jelas kawan saya.
Ohh..sarawak for sarawak kan. Saya membetulkan. Ada kumpulan macam tu di Sarawak. Tapi aku tak campur sangat dengan kumpulan macam tu. Aku cuma perati je. Macam ni Sarawak utk Sarawakian ni satu aspirasi sebenarnya.
Sarawak mahukan hak Sarawak dikembalikan untuk kemajuan negara dan rakyat Sarawak. Contohnya hasil minyak yang digali di Sarawak hendaklah digunakan untuk kemakmuran Sarawak. Tak adillah kalau korek di.Sarawak tapi Kuala Lumpur yang maju. Begitu juga tentang beberapa perkara seperti upah dan gaji. Hendaklah sama diantara Sarawak dan Malaya.
Saya menjelaskan. Ehhh MALAYA MALAYA...KITA NI DAH LAMA MERDEKA..BUKAN MALAYA. Besar suara rakan saya di sisi kanan seakan tak senang dengan nama Malaya.
Ehh..ko ni..Kita ni memang Malaya. Walaupun dah merdeka tapi tetap kita ni persekutuan tanah melayu atau malaya. Malaysia hanya tertubuh dengan penyatuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Malaya merdeka pada 31 ogos 1957. Masa tu tidak wujud Malaysia. Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963 selepas penyatuan Malaya, Singapura Sabah dan Sarawak.
Saya terus memberi penjelasan. Ooooo...baru lah faham. Kata rakan saya. Celaka sungguh! Tangan rakan ditengah meja menepuk meja. Seriau darah saya melihat kelakuannya.
Ngape Yop? Tanya saya. Tuuuu....liverpool kalah 2-3 dengan somton...juih bibirnya menuju kearah skrin tv kedai kassim.
Fuhhh...kesian...sabo le yop..kata saya sambil menghirup sisa teh dan memohon diri untuk balik... kami pun bersurai.
Nota admin:
Kali ini sengaja admin muatnaik status Cikgu Emmet ini kerana terlalu banyak pandangan salah mengenai sejarah penubuhan Sarawak yang masih tidak diketahui oleh rakan sejajar kita di Semenanjung Malaysia. Sebagai satu page yang mendokong penuh sejarah mengenai Sarawak dan Borneo ingin kami berpesan kepada mana-mana orang Sarawak mahupun saudara di Semenanjung Malaysia mahupun Sabah agar tidak pernah lelah untuk menjelaskannya buat pengetahuan semua.
Jangan kita mudah marah dan menyalahkan satu pihak yang lain. Berkongsi ilmu juga satu amalan yang mulia.
#KamekSayangSarawakBah!