top of page

LAMPANG @ KANDONG DI TRADISI KENDURI MASYARAKAT MELAYU SARAWAK


LAMPANG @ KANDONG DI TRADISI KENDURI MASYARAKAT MELAYU SARAWAK


NAMANYA seunik maknanya dan ianya adalah tradisi di dalam masyarakat Melayu Sarawak. Di dalam bahasa malaysia standard ianya dikenali sebagai ole-ole selepas kenduri. Maksudnya ianya adalah buahtangan daripada tuan rumah untuk para tetamu bawa pulang kepada kaum keluarga di rumah masing-masing.


Dan tiada namanya pembaziran sewaktu membuat kenduri-kendara di dalam masyarakat Melayu Sarawak kerana setiap makanan yang tidak dihabiskan akan dibungkus satu persatu usai sahaja kenduri selesai dan diberikan kepada sesiapa sahaja tetamu yang ingin membawanya pulang.


Di sesetengah daerah di Sarawak misalnya ada yang sudah siap2 menyediakan plastik beg bersama-sama dengan hidangan atau seprah sewaktu kenduri kendara. Mana-mana makanan yang tidak habis maka bolehlah dibungkus oleh tetamu sendiri untuk dibawa pulang usai sahaja selepas makan.


Itulah tradisi "lampang" atau "Kandong" di dalam adat istiadat kenduri bagi masyarakat Melayu Sarawak. Ianya juga salah satu simbolik di dalam memperkatakan hubungan rapat antara masyarakat di Sarawak.

bottom of page