top of page

“HEADGEAR” ETNIK SARAWAK


“HEADGEAR” ETNIK SARAWAK


PENUTUP Kepala atau topi di dalam Bahasa Malaysia standard atau “headgear” di dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu daripada pelengkap sesuatu busana tradisional selain pemakaian baju dan sebagainya. Dan ada ketikanya pemakaian “headgear” di dalam satu upacara atau keramaian juga tidak boleh dipandang enteng malah ada ketikanya ia dipakaikan penuh dengan tertib dan ada syarat-syaratnya.


Mungkin ada sesetengah daripada kita generasi Sarawak tidak mengetahui bahawa untuk setiap “headgear” bagi etnik-etnik di Sarawak mempunyai nama khasnya yang tersendiri. Jadi bukan semuanya boleh disebut secara total sebegitu sahaja sebaliknya ianya mempunyai bahagian-bahagian yang unik.


Secara ringkasnya bagi perkongsian semua iaitu pada mereka yang ingin mengenali secara terperinci apakah nama-nama khas “headgear” bagi etnik di Sarawak, berikut merupakan detailnya secara sepintas lalu.


[if !supportLists]1. [endif]Reung – Etnik Bidayuh Bukar Sadong (Daerah Serian)

[if !supportLists]2. [endif]Sipiah – Etnik Bidayuh Jagoi (Daerah Bau/Padawan)

[if !supportLists]3. [endif]Baieh – Etnik Bidayuh Salako

[if !supportLists]4. [endif]Serebeng – Etnik Melanau

[if !supportLists]5. [endif]Lanjang/Ketapu – Etnik Iban (Lelaki)

[if !supportLists]6. [endif]Sugu Tinggi – Etnik Iban (Wanita)

[if !supportLists]7. [endif]Engsuga – Etnik Iban (Daerah Saratok)

[if !supportLists]8. [endif]Layung – Etnik Kayan dan Kenyah

[if !supportLists]9. [endif]Peta – Etnik Kelabit dan Lunbawang


Semoga artikel pendek ini mampu menambah ilmu generasi anak Sarawak yang pelbagai kaum dan agama untuk lebih mengenali bahagian-bahagian busana tradisional etnik di Sarawak. Akan diperincikan lagi artikel untuk mencakupi lebih banyak “headgear” tradisional bagi etnik-etnik Sarawak yang mempunyai lebih daripada 40 suku kaumnya.



bottom of page