DEEPAVALI 2017
HARI DEEPAVALI 2017
KAUM India di Sarawak hanyalah minoriti tetapi ini tidak bermakna kita harus melupakan mereka kerana realitinya mereka juga pembentuk masyarakat Sarawak yang pelbagai kaum dan agama. Hari ini merupakan sambutan Hari Deepavali bagi seluruh rakyat India beragama Hindu di Malaysia dan hingga ke saat ini, hanya negeri Sarawak yang masih tidak menjadikannya cuti umum.
Walaupun sebegitu, kita pasti masyarakat India beragama Hindu di Sarawak tetap merayakannya dengan cara mereka sendiri. Dan kemeriahannya sudah tentu diraikan bersama dengan sanak saudara serta rakan taulan yang pelbagai di Sarawak. Tiada apa yang mampu menghalang kemeriahan acara sambutan ini walaupun tiada cuti umum sekalipun.
Selamat menyambut Hari Deepavali untuk anak Sarawak yang merayakannya walau dimana jua anda berada.
Dari Team Admin Borneo Oracle