WUJUDKAH MELAYU DI SARAWAK?
WUJUDKAH MELAYU DI SARAWAK?
Kadang diri kau lupa; Biar berdegar bunyi saban tahun; Mencari Melayu Champa yang hilang; Melayu Sumatera kau ulang bilang, Patani yang lebur juga kau ungkit; Melayu Madagascar juga kau sabit; Katanya harus dibela dan dijuang. Supaya di luar takkan Melayu hilang. Mungkin ada benarnya mitos pelupa, Di persisir Darul Hana di sebalik cendana - ramai saudaraku di Tanah Melayu lupa, Di situ masih wujudnya Melayu, Membadai zaman, menongkah Dinasti, Sering dilupa diselak ke sisi. Ada aku dipandang hadap; Tiada aku dipandang belakang; Lupa aku diabai lambai. Gambar: Berita berkenaan penubuhan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) - Cawangan Sarawak telah diterbitkan oleh Sarawak Gazette, bertarikh 1 Februari 1936. PASPAM telah ditubuhkan pada 7 April 1934 oleh akhbar Saudara yang menyatukan wadah intelektual Melayu di seantero Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Penggerak awal persatuan ini ialah golongan pro-Kaum Muda seperti Syed Alwi al-Hadi, S .M. Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi, dan Hamidun bin Mohd Hashim.
Aneh dan sedih bahawa setelah lebih 80 tahun ramai anak Melayu di Tanah Melayu yang bertanya sama ada wujudkah Melayu di Sarawak?