top of page

PELAMIN TRADISIONAL MELAYU SARAWAK


PELAMIN TRADISIONAL MELAYU SARAWAK

BILA kita berbicara soal “raja sehari” bukanlah sedikit perbelanjaan yang akan digunakan lebih-lebih lagi hantaran dan pelaminannya. Rata-rata untuk masa kini sesuai dengan peredaran zaman ada pelbagai jenis rekabentuk singgahsana bakal pengantin. Dalam pada itu mungkin antara kita sudah kian melupai atau tidak pernah menyaksikan bagaimana singgahsana raja sehari bagi Melayu Sarawak dulu-dulu.

Jika diikutkan untuk pelaminan tradisional Melayu Sarawak suatu waktu dahulu cukup ringkas namun tetap menitikberatkan nilai-nilai tradisi Melayu Sarawak di dalamnya. Adalah difahamkan bahawa pelamin Melayu Sarawak dulu-dulu pada asalnya adalah sebuah katil sahaja iaitu lebih kurang sebesar “king size” ukurannya. Dari sebuah katil ini nanti akan dipenuhi dengan hiasan memaparkan seni sulaman Melayu Sarawak dan sebagainya.

Dan apa yang begitu menarik perhatian, untuk pelaminan tradisional Melayu Sarawak mempunyai satu fakta yang sama iaitu setiap satunya akan ditampilkan dengan dengan angka 7. Pelamin tradisional dulu-dulu dikatakan mempunyai 7 tingkat takhta malah hiasan “guling” atau bantal peluk juga ada tujuh biji kesemuanya yang mana akan dijadikan sebagai “penyandar” untuk raja sehari. Mungkin ada maksud disebalik penggunaan angka 7 itu kerana sehingga ke saat ini amat sukar untuk dicari maknanya. Diharap ada yang mampu memperjelaskannya bagi melengkapkan cerita ini kelak.

Berlainan dengan konsep pelaminan orang sekarang untuk pelaminan Melayu Sarawak dulu-dulu tiada namanya membazir kerana hakikatnya singgahsana raja sehari itu adalah tempat tidur pengantin itu sendiri.


Artikel diolah semula penulisannya oleh HB.


Kredit artikel asal dan foto: https://www.facebook.com/PertamaASMEF/posts/907536362749440


bottom of page