KATAK KEPALA PIPIH BORNEO
KATAK KEPALA PIPIH BORNEO PULAU Borneo sememangnya satu pulau yang unik kerana selain mempunyai kepelbagaian etnik, budaya serta tradisi masyarakatnya juga turut menghimpun flora dan fauna yang pelik-pelik sehingga ada sesetengahnya hanya mampu dilihat di Borneo. Itulah antara keunikan Pulau Borneo yang juga merupakan pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan Papua.
Berbicara dari konteks keunikan mungkin ramai tidak mengetahui bahawa di Pulau Borneo ada mempunyai sejenis amfibia iaitu sejenis katak yang satu-satunya wujud di dunia bernafas tidak menggunakan paru-paru sebaliknya menggunakan kulit sepenuhnya. Dan jenis katak itu hanya boleh didapati di satu kawasan yang bernama Nanga Pinoh, Melawi, Kalimantan Barat, Borneo.
Dengan nama saintifiknya Barbourula Kalimantanensis atau Borneon Flat-Headed Jungle Toad atau Katak Kepala Pipih Kalimantan atau Katak Kepala Pipih Borneo merupakan jenis katak yang paling unik di dalam dunia haiwan amfibia. Mengikut sejarah penemuannya dikatakan katak tanpa paru-paru ini ditemui buat pertama kalinya pada tahun 1978 oleh seorang pakar herpetofauna dari ITB yang bernama Djoko T. Iskandar sewaktu beliau membuat kajian di Kalimantan Barat. Oleh kerana ianya merupakan penemuan yang pertama di dunia pada masa itu maka nama untuk spesis katak ini juga mengambil bersempena dengan nama beliau iaitu Barbourula Kalimantanensis Iskandar 1978.
Antara ciri-ciri Katak Kepala-Pipih Borneo adalah ianya berukuran sederhana dengan panjang tubuhnya sekitar 6.6 cm bagi jantan dan 7.7 cm bagi yang berjantina betina. Kepalanya pula berbentuk pipih mendatar dengan muncong yang lebar membundar dan badannya sedikit gempal. Selain itu ianya juga memiliki lubang hidung yang terletak di hujung muncong dan samarata dengan kulit. Namun begitu lubang hidungnya masih tidak memiliki celah tekak atau glottis yang menjadi saluran udara seperti penghidupan yang lain. Atau secara lebih ringkas, ianya langsung tidak berfungsi sebagai salah satu saluran penafasan untuk dirinya.
Dek kerana keunikan jenis katak kepala pipih Borneo ini juga menjadikan ianya adalah antara sembilan spesis katak yang diancam kepupusan di dunia. Ini kerana harganya di pasaran gelap terlalu tinggi di kalangan pengemar koleksi binatang “rare” sehingga menjadikan ramai yang menangkapnya bagi memenuhi permintaan luar biasa di dunia.
Rujukan:
1. http://biodiversitywarriors.org/isi-katalog.php?idk=2081&judul=Katak-Kepala-Pipih
2. https://www.newscientist.com/article/dn13605-worlds-only-lungless-frog-leaves-scientists-gasping/
https://www.ourbreathingplanet.com/bornean-flat-headed-frog/