UDANG LIPAN
UDANG LIPAN
“MANTIS shrimp”, begitulah gelarannya di dalam Bahasa Inggeris namun untuk Malaysia ianya digelar dengan banyak nama seperti udang lipan atau udang mentadak atau udang ronggeng atau udang lakar mengikut bahasa dialek masyarakat yang pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Jika diikutkan biarpun disebut sebagai udang, udang lipan atau stomatopod ialah krusteasea laut yang mana menyaksikan biarpun ianya disebut udang dan lipan hanya kerana menyerupai bentuk fizikal seakan-akan udang mahupun lipan. Namun ianya bukanlah daripada keluarga udang.
Selain daripada itu jika dilihat daripada pembesarannya pula iaitu dari segi kepanjangan, udang lipan boleh mencecah maksima 30 sentimeter panjang. Dan setakat ini rekod dunia menunjukkan pernah ada udang lipan yang ditemui di Hawai boleh mencecah sehingga 38 sentimeter. Dari segi warna pula kebanyakan yang kita temui dijual di restoren makanan laut tempatan mempamerkan udang lipan yang berwarna kelabu atau kejernihan sedangkan hakikatnya ianya terdiri daripada pelbagai warna di dalam lautan sama da dari perang terang sehingga kepada warna kuning bata terang yang mana menjadikan ianya antara spesis hidupan laut yang cantik.
Dan sesuatu yang harus diketahui, udang lipan merupakan salah satu haiwan pemangsa yang hebat di kawasan air laut tropika dan sub-tropika yang mana ianya mendominasi kawasan laut yang cetek. Walau bagaimanapun masih banyak yang tidak diketahui mengenai udang lipan kerana kebanyakan daripada spesisnya lebih banyak “menyembunyikan” diri di dalam sarang atau lubang pada pasir laut.
Untuk Sarawak, udang lipan turut amat popular bagi masyarakatnya malah mempunyai nilai komersil yang amat tinggi. Ada sesetengah peminatnya sanggup membayar lebih hanya untuk merasai keenakan memakan udang lipan ini mengikut kulinari pilihan mereka samada digoreng, masak lemak, masak merah serta banyak lagi.
-HB-